Thursday, 15 November 2012

Realiti vs Mimpi #1




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi itu hanya dapat dikesan jika kita bersabar dalam menghadapinya.

Pagi tadi, selesai sahaja membaca doa bangun tidur penulis segera mendapatkan telefon bimbit yang diletakkan berdekatan. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi penulis berbuat demikian. Pertama, bertujuan untuk melihat jam bagi menentukan waktu semasa. Kedua, memeriksa sama ada penulis ada menerima apa-apa pesanan ringkas (SMS).

Apabila memeriksa telefon bimbit bagi nombor Celcom, seperti biasa tiada SMS baru. Kemudian penulis memeriksa pula telefon bimbit bagi nombor Maxis dan mendapati ada SMS dari adik angkat yang dikasihi (bertarikh 14 November 2012 – 4.19AM). Mesejnya berbunyi sebegini:

Salam..abg bole dpt wanita better dari zetty tahu ta..zety hanya berkawan je dgn sape2.tp tok more than that,no.termasuk bf zety skrg..zety ta na rosakkan hati zety sebab lelaki lg.cukuplah

Bukan niat penulis untuk menyebarkan SMS tersebut tetapi SMS tersebut mempunyai kaitan dengan mimpi yang dialami penulis pada 1 November yang lalu.

Mimpinya begini → Penulis tengah bersama dengan Zetty. Tiba-tiba Zetty meminta agar diberi sedikit masa. Dia ingin menyelesaikan segala kerunsingan dan permasalahan yang dihadapi. Kemudian, dalam mimpi yang sama penulis menyatakan yang penulis memahami dan memberikan masa untuk dua-dua bersedia. Setelah dia mengucapkan terima kasih, mimpi pun terhenti.

Mimpi ini mungkin petunjuk dari Ilahi kerana pada pagi tarikh tersebut, setelah mendirikan solat sunat dhuha penulis mendirikan pula solat sunat istikharah menyatakan kerunsingan penulis. Selesai berdoa, mata penulis rasa berat dan diri rasa mengantuk sangat. Lantas penulis tidur dan mendapat mimpi tersebut.

Apapun penulis memang memerlukan masa lagi untuk lebih mengenali dirinya dan untuk mempersiapkan diri memikul tanggungjawab yang ingin digalas. Bak kata Hilal Asyraf dalam penulisan beliau, belajar tekan butang “pause”. Berhenti seketika dalam keterujaan untuk memiliki teman hidup dan ambil masa bersiap siaga serta mengenali hati budi orang yang diminati.

Sekian sahaja penulisan kali ini. Semoga pembaca semua dalam pemeliharaan Allah SWT.

~Selamat Malam~

Monday, 12 November 2012

Dua dalam Satu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sudah beberapa hari penulis meninggalkan ruangan penulisan di blog ini. Sibuk dengan kerja-kerja harian. Nasib baiklah pelajar-pelajar sekolah sudah mula bercuti. Dapatlah penulis berehat seketika sebelum menjejakkan kaki kembali ke alam pembelajaran.


_________________________________________________________________________________
Pelaburan Bermula

Alhamdulillah, selamat sudah penulis memulakan pelaburan di salah satu laman sesawang. InsyaAllah, buat masa ini 2 bulan sekali penulis dapat meraih hasilnya. Walaupun buat masa ini hasilnya tidak banyak dan keuntungan hanya dapat dikira selepas 10 bulan tetapi ianya lebih berbaloi daripada penulis melabur dengan laman-laman yang menawarkan kadar pulangan yang sangat tinggi.

Ada lagi satu laman yang penulis telah mula melabur sejak bulan Jun 2012 yang lalu. InsyaAllah pulangan dari laman tersebut penulis akan dapat awal bulan Disember nanti. Jika panjang umur dan murah rezeki, penulis akan memberikan ulasan yang lebih lanjut mengenai kedua-dua laman sesawang tersebut. InsyaAllah~


_________________________________________________________________________________
Luahan Hati dikala Malam yang Sepi

Alangkah gembiranya hati bila dapat bertemu dengan orang yang disayangi. Terutama apabila orang itu orang yang kita lama tidak berjumpa. Hee~ Ahad akan datang, 18 November 2012 penulis akan bertemu dengan satu-satunya adik angkat penulis, Zetty. Dia cakap nak belanja. Jadi jika tiada aral yang melintang dapatlah kami bertemu.

Bapa dan ibu penulis telah pun tahu yang penulis akan menggunakan kereta untuk tujuan itu pada tarikh tersebut. Tapi apa yang mereka tidak tahu ialah dia bukanlah kekasih penulis. Semalam (10 Nov 2012) semasa menyatakan hasrat untuk menggunakan kereta, ibu penulis bertanya.

Ummi (panggilan penulis kepada ibu) : Nak guna berapa lama? Pagi ke Petang?
Penulis: Pagi sampai petang.
Ummi :Eh, lamanya. Ni nak keluar dengan siapa?
Penulis: Zetty.
Ummi: Yang pergi jumpa hari itu ke?
Penulis: A'ah.
Ummi: Oo.. Haritu jumpa dia macam mana? Ok ke orangnya?
Penulis: (Diam sebentar)... Ok je dia.

Perbualan terhenti seketika sebelum disambung dengan topik lain. Apa yang penulis ingin menyatakan di sini ialah ibu penulis menyangkakan Zetty itu kekasih penulis. Buat masa ini dia hanya sekadar adik angkat sahaja. Tambahan pula dia sudah mempunyai kekasih hati sendiri. Tetapi, tidaklah penulis mengatakan bahawa penulis tidak menaruh perasaan terhadapnya. Rasa sayang itu ada tetapi belum sampai masanya lagi untuk dilafazkan kepadanya. Masih perlu diberikan sedikit masa lagi.

Jika diberikan kesempatan dan peluang, ingin saja penulis melamar dan menikahinya tetapi persediaan masih belum mencukupi. Ilmu yang penulis ada sekarang ini masih belum mencukupi untuk memimpin orang lain. Memimpin diri sendiri pun masih penulis terkapai-kapai lagi. Perancangan untuk sumber pendapatan telah pun mula berjalan. Perancangan ilmu agama masih lagi dalam perangkaan.

Sekian sahajalah dari penulis. Mata dah kuyu, minda dah penat. Rasanya lebih baik penulis beradu dahulu. Moga-moga cita-cita penulis ini tercapai. Hehe~

~Selamat Malam~

Tuesday, 6 November 2012

Puisi #1 - Perancangan Ku


Langit,
Gelap di luar sana
Menantikan terbitnya sang suria
Seperti aku menantikan
saat bersua denganmu

Hati ini tidak tenang,
Risau dengan apa yang diminta,
Adakah akan diperkenankan
atau permintaan akan ditolak?

Permintaanku ringkas sahaja
Ingin bersua dengan keluarga
serta menyatakan perasaanku
yang dipendam bersama rindu.

Aku tidak ingin lagi menjadi seperti dulu
Meluahkan rasa sayang
Saat masih belum memiliki
Cukuplah sementara ini 
Hanya keluargamu yang mengetahui
Perasaan yang ada di hati
Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

Jika umur masih panjang,
Jika kesempatan masih diberi,
Bila akad sudah dilafazkan,
Bila cincin sudah disarungkan
Barulah perasaan yang terbuku dihati
Akan dilafazkan di realiti.

Rezeki akan ku cari,
Rumah akan ku beli,
Kenderaan akan ku miliki,
Semua itu tidak mustahil untuk dipenuhi,
Selagi kita tidak lupa pada Ilahi.

Inilah harapanku,
Inilah perancanganku,
Semoga ianya diberkati
Dan direstui Tuhan Yang Satu.

Thursday, 1 November 2012

Pelan Pembelian Rumah di Syurga

 
"Dunia didahulukan, akhirat diutamakan." - Si Penimba Ilmu

Dalam kita sibuk merancang dan berusaha untuk masa depan kita di dunia, janganlah kita lupakan bahawa kita semua akan kembali kepada-Nya. Jika di dunia ini kita berusaha keras untuk menyara keluarga serta diri dengan membeli barangan keperluan seperti kereta dan rumah, namun sejauh manakah telah kita berusaha untuk keperluan kita di akhirat kelak?

   Pada lembaran kali ini, penulis ingin berkongsi dengan para pembaca pelan-pelan pembelian rumah di syurga. Bahasa mudahnya cara nak tempah rumah untuk akhirat kelak. Kenapa penulis ingin bercerita mengenai perkara ini? Sebabnya adalah semua orang akan impikan untuk memiliki tempat kediaman yang selesa akan tetapi tidak semua yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk memiliki walau sebuah rumah. Tambahan pula, kita tidak mengetahui bila kita akan dipanggil ke alam barzakh.

   Oleh yang demikian, terdetik di hati penulis untuk membeli rumah di syurga walau tidak mampu/sempat untuk memiliki rumah di dunia. Sekurang-kurangnya adalah juga sedikit saham tambahan untuk kita memasuki syurga. Pelan-pelan yang disediakan pula tidak menggunakan sesen pun duit kita. Apa yang perlu adalah niat, usaha, istiqamah.

Jadi, mari kita teliti pelan-pelan berikut:

# Membina masjid
Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membina masjid kerana Allah di dunia, maka Allah SWT akan membina untuknya seperti itu di akhirat."

Dalam riwayat lain, daripada Umar bin al-Khattab katanya; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membina masjid yang diingati padanya nama Allah, Allah akan bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga."

Menurut Al-Marhum Syeikh Dr. Walied al-Ani, beliau menjelaskan bahawa sesiapa yang berusaha membuat sumbangan untuk membina rumah Allah, atau apa sahaja yang membantu menghidupkan masjid seperti sumbangan untuk kelab anak-anak, kelab wanita masjid, perpustakaan, dan pusat komputer adalah yang termasuk dalam pengertian hadis ini.

#Amalkan membaca surah Al-Ikhlas
Daripada Mu'az bin Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang membaca ' Qul huwallahu ahad' sebanyak sepuluh kali, Allah bina baginya sebuah rumah di syurga."
(majma; al-Zawa'id, no 11535)

Masjid Biru Istanbul, Turki

#Mengucapkan lafaz hamdalah dan istirja' semasa ditimpa musibah kepada anak, dibina bagi golongan ini rumah yang dinamakan Bait al-Hamd.
(Riyad as-Salihin, jilid 1 halaman 360)

#Merapatkan saf solat
- Sahih al-Jami' no 1843

#Mengamalkan solat sunat rawatib secara berterusan (istiqamah)
Menurut Syeikh al-Albani berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah binti Abu Sufyan yang bermaksud:

Daripada Ummu Habibah katanya; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa bersolat 12 rakaat dalam sehari dan semalam, dibina untuknya sebuah rumah di syurga."
(Riwayat Muslim, no 728)

Dalam riwayat yang lain, Aishah menyatakan 12 rakaat itu adalah solat sunat rawatib.
Daripada Aishah, daripada Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa sentiasa melazimi solat 12 rakaat, Allah azzawajala akan bina baginya sebuah rumah di dalam syurga. 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepas Zuhur, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya' dan 2 rakaat sebelum Subuh."
(Riwayat an-Nasai' no 1795, at-Tirmizi no 414, dan Ibn Majah, no:1140)

#Mengalah di dalam sesuatu pertengkaran walaupun berada di pihak yang benar
-Sahih at-Taghrib wa at-Tarhib

#Tidak menipu walaupun dengan niat bergurau atau suka-suka.
Dalam erti kata lain bergurau dengan cara yang benar.
-Sahih at-Taghrib wa at-Tarhib

#Berzikir
Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi; Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti maka berhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya. Apabila ditanyakan : "Mengapa kamu berhenti bekerja?" Mereka menjawab : " Kami sedang menunggu bahan-bahannya."


   Penerangan ringkas di atas harap dapat menambah sedikit ilmu kepada pembaca. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sumber-sumber:
  1. http://lemonade-nynaa.blogspot.com/2010/07/membina-rumah-di-syurga.html
  2. http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/03/20/13-cara-membina-mahligai-di-dalam-syurga/
  3. http://mencaricinta-rhoza.blogspot.com/2011/10/bina-rumah.html

Thursday, 25 October 2012

Lambaian Al-Aqsa

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana2-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan Masjid Rasulullah SAW (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)”

[Hadis Riwayat Bukhari]

Sekarang telah tiba lagi musim haji dan hari raya Aidil 'Adha semakin hampir. Ramai umat Islam tengah menunaikan ibadah haji dan umrah. Manakala yang tiada kesempatan lagi untuk ke sana tengah bertungkus-lumus bersama jiran tetangga bersedia menjalankan ibadah korban sempena Aidil 'Adha ini.

Bagi yang menunaikan ibadah haji dan umrah, mereka berpeluang melepaskan rindu yang sekian lama untuk ke Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Bagi yang berada di tanah air pula masih menantikan saat dapat menjejakkan kaki ke sana. Tapi dalam kerinduan kita itu, adakah sekelumit rasa rindu pada Masjidil Aqsa?

Masih segar di ingatan kitakah kepentingan Masjid Al-Aqsa dan bumi al-Quds? Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai bumi al-Quds yang wajib kita ketahui:
  • Masjidil Aqsa merupakan qiblat pertama umat Islam
  • Masjidil Aqsa merupakan masjid kedua dibina setelah Masjidil Haram. Jarak masa pembinaan antara kedua-dua masjid tersebut adalah 40 tahun.
  • Masjidil Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci di dunia dan barangsiapa mendirikan solat di Masjidil Aqsa baginya ganjaran seperti mendirikan 500 kali solat di tempat lain.
Sabda Rasulullah SAW : "Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat." (Riwayat at-Tabarani)

  • Merupakan tempat Baginda SAW menjadi imam solat kepada para nabi yang lain sebelum bermikraj ke Sidratul Muntaha.
  • Ramai para nabi yang telah disebutkan di dalam Al-Quran telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi al-Quds ini.
Dah habis membaca? Semak balik di hati kita adakah rasa rindu dan sayang pada bumi al-Quds? Jika tiada, penulis rasa fakta-fakta di atas memadai untuk mencetus kerinduan terhadap Masjidil Aqsa dalam hati kita. Sekarang ini yang memegang bumi al-Quds adalah Zionis. Tak tergerakkah di hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di sana dalam membebaskan Masjidil Aqsa dan bumi al-Quds dari cengkaman Zionis durjana serta mengembalikan kesucian Baitul Maqdis? Kita sebenarnya mampu untuk membantu mereka tanpa perlu pergi ke sana mengangkat senjata.

Marilah kita kembali bersatu dalam memartabatkan kembali Baitul Maqdis disambil menyempurnakan Fardhu 'Ain yang kelima di bumi Hijaz.



#Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada http://ceritakuilhamku.blogspot.com/2009/12/bumi-suci-palestin-antara-tanggungjawab.html di atas maklumat-maklumat yang telah digunakan di dalam penulisan kali ini.

#Semoga kita sentiasa berada dalam pemeliharaan-Nya dan sentiasa berjuang mendapatkan keredhaan-Nya.

Sunday, 21 October 2012

Online Backup Tools - An Introduction


Computers – they have become an important role in our lives. Let it be for socializing or for working, they plays a big role in connect us together. When talking about computers, its all have to do with data. Nowadays, more and more data are available for us. Since we don't need all the data, we would just save the ones that we use often or important to us. That's why, we need backup because we don't know when something will happen and we would lose our precious data when it happens.

Making backup in hard drives such as external hard disk, thumb drive, compact disk (CD) or digital versatile disk (DVD) is a way to prevent that disastrous moment to happen. If we think carefully, all things have their pro and con so we cannot be to dependent on one backup plan. Things like flood, fire, theft or stormy rain might ruin our backup plan. This is where online backup tools come in handy.

Online backup tools give us an alternative to make backup of all the data that's important to us. Additionally, some of them give us the ability to access and store our data anywhere, any time – worldwide, as long as we have access to internet connection. To name few that are commonly used by internet users are Dropbox, Google Drive, Mozy, CrashPlan and LiveDrive.


Dropbox

After you've installed Dropbox in your computer, you can start synchronizing your documents and data with your Dropbox account for free. The free account gives user 2GB of storage and can be expand up to 18GB by referring people (500MB per referral). By going Pro, user can store data from 100GB up to 500GB and the fee for the plans starts from $9.99 per month.

If you're a business team and would like to share business documents, business plan is what suited for you. The plan start with $795 per year for 5 users and with each additional user you'll have to add $125 per year. The plan offers you 1TB of storage for 5 users (200GB per user) and every new user comes with additional 200GB of storage. But if you need more storage than they offer you, you can contact them and they'll try to give you extra storage space.


Google Drive

As the name implies, Google Drive is the online backup tools developed by Google Inc. The tool provide a free service of 5GB of storage. If you're happy with the service provide and wish to upgrade your storage capacity, you can do that with $2.50 per month for 25GB of storage and up to $799.99 per month of 16TB of storage. The capacity pricing mention is for personal usage. But there's more! If you've upgraded your account, then you can share the data stored with other users. Plus, you can work on documents at the same time with the other user. I would say that this is very convenient for users who are far apart but needed to work on a same document at the same time!

That's not all with Google Drive. Any changes you've made in your stored documents will be save and you can check it back. You can revise back as far as 30 days and which ever revision you wish to save forever, you can.


Mozy

Another comparable online backup tool is Mozy. Currently for Mozy, it offers two different plans to choose from. First is the MozyHome, have the service for personal usage and the most basic plan. It provides scheduled backups, which gives you the opportunity to set your time when to make the backups. The software is suitable for Windows OS and Mac OS. Also, if you're a user of a smartphone (Iphone or Android) then you can download its mobile application so that you can access your data on the go.

The other plan is MozyPro, build for businessmen and businesswomen. It have extra services just for the entrepreneurs that doesn't come with the MozyHome plan. Of course the pricing for both plans is different. MozyHome plan starts with $5.99 per month with 50GB of storage size for one computer usage. For three computers, the amount of storage given is 125GB with the price tag of $9.99 per month. Additionally, you can add computer for $2 per month and add storage size of 20GB for $2 per month.

On the other hand for MozyPro, the pricing start as low as $2 per month per computer (if there's 5 computers) for 10GB of storage. Mozy provided offer up until 1TB of storage with $76 per month per computer (applicable with 5 computers).


CrashPlan

As the name stated, this is truly one of the online backup tools. Comes with plans such as CrashPlan, CrashPlan+, CrashPlan Pro and CrashPlan Proe, it will provide the backup service that you need. CrashPlan plan is a free trial version. It is so that you can familiarise with the system before upgrading to CrashPlan+ plan or even higher.

CrashPlan+ have 10GB personal usage, unlimited personal usage and unlimited family usage. Though, of course all three come with different price tag. The 10GB have $1.50 per month with quota of 10GB. The unlimited personal usage comes as low as $3 per month. Meanwhile, the unlimited family usage comes as low as $6 and can be use with 2 to 10 different computers.

Though CrashPlan provide its services for businessmen too but to buy the service, one have contact its admin at international@crashplan.com to find reseller in one area.


LiveDrive

LiveDrive is suitable for home, business or reseller cause it provided services for all three of the category. For home usage, there's Backup plan, Briefcase plan and ProSuite plan. The pricing for home usage starts as low as $7.95 per month to $15.95 per month and $24.95 per month. The storage provided for these plan are none (Backup plan), 2TB (Briefcase plan) and 5TB (ProSuite plan). This storage size is for storing data and not the backup capacity. But in case you wanted to add extra storage capacity, you can by adding $7.95 per month per TB.

Meanwhile, business plan have Express and Standard plans. Express plan is $49.95 per month for 3 user with 2TB (combined) storage space, while Standard plan is $159.95 per month for 10 user with 10TB (combined) storage space. Additional service for Standard plan is one can add user for $14.95 per month and add storage space for $7.95 per month for each TB added. Also, Standard plan gives the users to brand the website and sharing portal with personal logo.

If you're planning to make this is business or as side income, LiveDrive gives you the opportunity to do so by sign up with them and pay $59.95 per month with one month contract. After signing up and pay, you can start be a reseller and sell unlimited amount of LiveDrive backup tools.

Blood Music oleh Greg Bear (Sinopsis)

'Blood Music' adalah sebuah cerita pendek karangan Greg Bear. Cerita ini adalah sebuah cerita fiksyen sains yang pernah mendapat sebagai cerita fiksyen sains terbaik tahunan.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang saintis bernama Vergil yang telah membuat eksperimen ke atas dirinya sendiri. Akibat dari eksperimen tersebut badannya diubahsuai dari dalam sedikit demi sedikit. Dia telah meminta bantuan kawannya, Edward, seorang pakar sakit puan untuk menjalankan ujian 'ultrasound' ke atas dirinya dan telah mendapati perubahan tersebut terutama dibahagian tulang belakang. Apabila perubahan semakin ketara berlaku, Vergil Ulam telah berhasrat untuk kembali kepada Genetron Corp. kerana segala peralatannya berada di situ. Apakah yang berlaku seterusnya?

Ikutilah kisah tersebut dalam buku berjudul 'The Best of The Best - 20 Years of the Year's Science Fiction' keluaran tahun 2005.


Saturday, 12 May 2012

My Life Story (versi Bahasa Melayu - Bahagian 1)

Hoho..
Dah beberapa lama penulis tidak mengemaskini blog ini. Alasan utama, sibuk dengan urusan harian. Maklumlah, pelajar lagi penulis ini. Haha~ xD

Hm.. Hari ini penulis bercadang untuk menulis serba sedikit tentang diri penulis walaupun diri penulis ini tidaklah hebat mana pun..Huhu xD

Penulis merupakan anak ke-6 daripada 12 orang adik-beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, penulis merupakan seorang yang pendiam pada dasarnya. Lahir pada tahun 1992, pada waktu itu bapa penulis despatch ke eksekutif..penulis pun dah tidak ingat. Haha~~

Dalam tahun 1997-1998, penulis pernah menolong ayah penulis dalam menjual majalah yang diterbitkan oleh syarikat kawannya (ayah penulis merupakan salah seorang penulis dalam majalah tersebut). Sebab membantu? Dah tentu sebab penulis nak duit tapi waktu itu belum bersekolah lagi, jadi tidak ada duit belanjalah. Huhu...

Penulis mengenali komputer seawal usia 4-5 tahun. Ayah penulis yang menggunakan komputer pada waktu itu kerana dia menjadi penulis. Pada usia yang sedemikian, penulis hanya tahu menggunakan komputer untuk main permainan sahaja. Dalam tahun 2000, penulis baru sahaja mengenali apa itu internet akan tetapi masih tidak menggunakan sangat kemudahan tersebut kerana hanya tahu main sahaja.

Pada penghujung tahun 2004 barulah penulis mula menjinak-jinakkan diri dengan internet. Pada ketika itu, laman sosial Friendster yang sambutan hangat dari penduduk Malaysia. Kemudian, barulah laman sosial Myspace yang naik. (Untuk pengetahuan, kali terakhir penulis melawat Friendster ia da bertukar menjadi platform bermain permainan komputer)

Habis sahaja Penilaian Menengah Rendah (PMR), penulis mula belajar mencari duit secara online. Pada waktu tersebutlah penulis mula berkenalan dengan laman PTC (Paid to Click) tapi tidak berapa serius. Naik tingkatan 4, penulis telah menyertai laman MyLot di mana pengguna akan dibayar berdasarkan berapa banyak isi yang terdapat dalam sesuatu pos yang dibuat. Tetapi oleh kerana penulis mula masuk asrama maka penulis tidak dapat menjadi pengguna yang aktif.

Gambar blok akademik MRSM Alor Gajah. Tempat penulis belajar di tingkatan 4 &5.


Selesai SPM, penulis bekerja sebagai kerani tiket di kaunter tiket Transnasional di Seremban. Empat bulan lamanya penulis bekerja. Dapat gaji habiskan bayar yuran sekolah dulu. Dapat gaji guna untuk ambil lesen. Akhirnya duit gaji habis begitu sahaja. Hahaha~ Apa-apa pun penulis dapat pengalaman menjual tiket bas.

Sekarang, penulis tengah belajar di UTeM. Ambil kursus diploma kejuruteraan mekanikal. Masuk semester ketiga, penulis beli motosikal CT100. Disebabkan itu, penulis mula buat kerja secara sambilan demi membayar bulanan motor tersebut. Mula-mula penulis bekerja di KFC Ayer Keroh. Sebulan sahaja sebab malas. Haha~ Berhenti sahaja KFC, penulis bekerja part time sebagai promoter pula di Jusca Aeon Bandaraya Melaka. Kerja di situ selama sebulan setengah sahaja.

Konvoi buka puasa dengan pelajar DMC


Habis peperiksaan akhir semester tiga, penulis bekerja sebagai promoter di Jusco Ayer Keroh (tempat terletak KFC Ayer Keroh). Bekerja disitu selama lebih kurang 2minggu. Lepas sahaja habis sahaja cuti semester, sepatutnya penulis sambung kerja semula di Jusco Ayer Keroh tersebut. Tetapi sebab seorang kawan penulis ini perlu bekerja untuk dapatkan duit menyara diri di negeri orang, maka penulis mengundurkan diri. Penulis pohon jasa baik penyelia kaunter tiket Transnasional di Melaka Sentral untuk membenarkan penulis bekerja sambilan di situ dan Alhamdulillah penyelia tersebut beri kebenaran.

Sekarang, semester keempat sesi pembelajaran penulis dah tamat maka penulis mula menjinakkan diri semula mencari sumber pendapatan secara online. Alhamdulillah setakat ini penulis dapat sebanyak mana hasil usaha penulis. InsyaAllah, masa akan datang nanti penulis akan lebih berjaya.

Sekian sahaja penulisan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca. ^_^

Thursday, 26 April 2012

Life Story - The Transition from Cat Steven to Yusuf Islam

Below is a video about the transition of Cat Stevens from Christianity to Islam. The video duration is about 30minutes. This video will describe briefly about Yusuf Islam from before until after he converted.


Thursday, 19 April 2012

Pendapatan atas talian (online earning)

Dewasa kini, semakin ramai yang memanfaatkan jaringan internet bagi menambahkan pendapatan masing-masing. Hal ini kerana dengan menggunakan kemudahan internet ini, seseorang dapat berinteraksi dengan orang lain dari pelosok dunia. Bagi yang menjalankan perniagaan, kemudahan internet memudahkan mereka mengiklankan produk mereka kepada bakal-bakal pelanggan mereka. Juga memudahkan mereka mendapatkan maklumbalas daripada para pelanggan.

Dalam dunia digital yang tidak ada sempadan ini, pelbagai jenis program perniagaan yang boleh didapati oleh seseorang. Yang paling banyak yang dijumpai oleh penulis ialah program dibayar untuk klik (Paid to Click - PTC). Program seperti ini menawarkan bayaran kepada ahli dengan menekan link kepada iklan-iklan tertentu dengan kadar bayaran tertentu. Kebiasaannya, kadar bayaran yang diterima oleh ahli bagi sesuatu link ialah $0.0001 hingga $0.02 (kadar bayaran ini ialah berdasarkan program-program yang telah penulis sertai).



Setiap sen yang ahli dapat akan dikumpulkan dalam akaun ahli (di laman program) sehingga jumlah terkumpul mencukupi untuk membuat penebusan. Kadar minima penebusan bagi setiap laman adalah berbeza-beza. Ada yang menetapkan kadar penebusan serendah $0.05 (seperti paidtoclick.in) sehingga $20 (seperti mybrowsercash). Jika dahulu ahli perlu pergi ke laman program untuk melihat dan menekan link iklan (melecehkan bagi sesetengah orang) tetapi sekarang ada program yang memudahkan ahli dengan menghantar link iklan ke desktop komputer ahli (keluar secara pop-up) seperti mybrowsercash dan cashgopher.

Selain program PTC, ada juga syarikat yang membuat program dibayar untuk mempromosikan (Paid to Promote - PTP). Program seperti ini menawarkan kepada ahli bayaran yang lebih tinggi kepada ahli berbanding dengan program PTC. Kebiasaan kadar yang ditawarkan adalah RM0.20 (bagi says dan churp churp) dan $0.10-$0.20 (bagi gushcloud) bagi setiap orang yang melawat laman iklan mereka melalui link ahli (ini berdasarkan program yang penulis sertai). Kadar minima untuk menebus jumlah wang yang terkumpul dalam akaun ahli ialah RM50 (bagi says), RM100 (bagi churp churp) dan $20 (bagi gushcloud).





Selain program PTC dan PTP, ada juga syarikat yang menawarkan bayaran kepada ahli melalui penulisan atau tinjauan. Program yang penulis sertai ialah myLot yang melibatkan penulisan. Di laman program, ahli dikehendaki memulakan perbincangan ataupun memberi komen kepada perbincangan yang dimulakan oleh ahli lain. Kadar bayaran adalah tidak tetap kerana ahli dibayar berdasarkan kualiti dan mutu sesuatu posting yang ahli beri. Seperti program PTC dan PTP, myLot akan mengumpulkan bayaran yang diterima ahli dalam akaun ahli sehingga mencukupi had minima untuk ditebus (had minima penebusan bagi laman myLot ini ialah $10). Penebusan akan terus dipindahkan kepada akaun Paypal ahli.



Ke mana duit yang ditebus dihantar?
Anda mesti tertanya-tanya ke mana akan dihantar duit yang anda tebus dari akaun program. Ini jawapan penulis:


Bagi kebanyakan program PTC, admin program akan memindahkan jumlah wang yang ditebus kepada akaun Paypal atau AlertPay ahli yang kemudiannya boleh dipindahkan ke akaun bank ahli. Mengapa Paypal dan AlertPay? Kerana kebanyakan program PTC ini adalah bersifat global, di mana sesiapa sahaja dari seluruh dunia boleh sertai. Oleh yang demikian Paypal dan AlertPay merupakan orang tengah yang paling sesuai bagi memudahkan urusan admin program serta ahli.


Program PTP yang penulis sertai menawarkan kaedah tebusan sama ada pemindahan ke akaun bank atau penghantaran cek ke rumah ahli. Hal ini kerana program PTP yang penulis sertai hanya memberi iklan yang berkaitan dengan negara ahli. Oleh yang demikian, penganjur mempunyai hubungan dengan bank-bank tempatan.




Sedikit pesanan buat yang ingin berjinak-jinak dengan pendapatan online:
1) Pendapatan online tidak dapat menggantikan pendapatan dari pekerjaan anda (sekiranya anda baru sahaja   bermula).
2) Sebelum meninggalkan pekerjaan anda dan menjadikan pendapatan online sebagai sumber utama kewangan, sila pastikan anda mampu mendapatkan pendapatan yang stabil dan berterusan.
3) Menjalankan perniagaan secara online adalah lebih baik dalam menjamin pendapatan yang stabil.  Walaubagaimanapun, pastikan dahulu perniagaan anda telah mendapat kedudukan yang kukuh sebelum  meninggalkan pekerjaan anda yang terdahulu.

Wednesday, 18 April 2012

Kamen Rider (KR) OOO

Siri KR OOO adalah siri KR yang ke-12. Disiarkan sebanyak 48 episod bermula pada 5 September 2010 seminggu selepas episod terakhir KR W/Double. KR OOO pertama kali muncul dalam filem KR W Forever: A to Z/ Gaia Memories of Fate.

Penggunaan huruf O sebanyak 3 kali adalah merujuk kepada fungsi tali pinggang KR OOO yang menggunakan tiga (3) medal untuk bertukar serta "raja pelbagai" (Ozu). Selain itu, simbol tiga (3) O adalah mewakili sesuatu yang lebih hebat daripada "infinity"/tiada had. Dalam siri ini, episod yang ke-28 (juga merupakan episod KR yang ke-1000 sejak dari penerbitan siri KR) sepatutnya disiarkan pada 27 Mac 2011 tetapi kerana bencana alam (Gempa Bumi dan Tsunami Tohoku) telah ditunda dan disiarkan pada tarikh 3 April 2011 (episod pertama juga disiarkan pada 3 April 1971)

Hino Eiji sebagai KR OOO

Sinopsis
Kisah ini bermula dengan terbebasnya makhluk yang digelar "Greeed" dari museum milik Kougami Foundation (diasaskan oleh Kousei Kougami) ke dunia dengan niat untuk memusnahkan manusia keseluruhannya. Hino Eiji (hero), seorang pengembara yang bekerja sebagai pengawal keselamatan (separuh masa) di museum terbabit telah terjumpa medal berwarna merah. Dia mula melawan  Greeed  ini apabali Ankh ( Greeed  merah yang tinggal tangan sahaja) memberinya tali pinggang dan 3 medal berlainan warna (termasuk yang mula-mula dijumpai Eiji) untuk bertukar menjadi KR OOO. Kougami Foundation pula mendekati Eiji dan Ankh serta membantu mereka dalam melawan  Greeed yang lain (motif syarikat tersebut adalah misteri). Semakin lama melawan  Greeed, semakin  Eiji menyedari hakikat tujuan perjalanan hidupnya.


Filem
Berikut merupakan filem-filem Kamen Rider yang telah dibintangi oleh KR OOO :-

1) KR W Forever: A to Z/ Gaia Memories of Fate.



2) Kamen Rider x KR OOO & W Featuring KR Skull : Movie War Core



3) OOO, Den-O, All Riders : Let's Go Kamen Rider



4) KR OOO Wonderful : The Shogun and 21 Core Medals



5) Kamen Rider x KR Fourze & OOO : Movie War Mega Max



6) Kamen Rider x Super Sentai : Super Hero Taisen



Pembantu
Dalam siri KR bermula dari siri KR Agito, telah ada KR pembantu yang membantu hero melawan pihak antagonis. Dalam siri KR OOO ini, KR Birth merupakan pembantu kepada KR OOO. Pengguna pertama dalam siri televisyen ini ialah Akira Date. Kemudian diganti oleh Shintaro Gotou, yang sebenarnya memang telah dipilih oleh Kougami secara senyap.


Kombo-kombo utama OOO
KR OOO mempunyai 8 kombo utama hasil gabungan medal dari jenis yang sama. Kombo Tatoba sahaja yang menggunakan medal yang berlainan jenis. Setiap kombo KR OOO juga disertakan sekali dengan lagu tema masing-masing. Berikut merupakan kombo-kombo utama KR OOO :-

1) Tatoba (gabungan Taka, Tora dan Batta)
2) Latoratah (gabungan Lion, Tora dan Cheetah)
3) Shauta (gabungan Shachi, Unagi, Tako)
4) Gatakiriba (gabungan Kuwagata, Kamakiri, Batta)
5) Sagozou (gabungan Sai, Gorilla, Zou)
6) Tajador (gabungan Taka, Kujaku, Condor)
7) Putotyra (gabungan Pterodactyl, Triceratops, Tyrannosaurus)
8) Burakawani (gabungan Cobra, Kame, Wani) - muncul dalam filem sahaja

Tuesday, 17 April 2012

Kamen Rider

HENSHIN!!~~

Itulah kata2 yg sllu didgri apabila sesorg Kamen Rider (KR) b'tukar.. KR adlah sebuah rncgn b'siri televisyen hasil ciptaan Shotaro Ishinomori. Rncgn b'siri ini pd asalnye d tujukn kpd bdk2 bwh umo (bwh 18.. :P ) dan ada bbpe filem KR ini yang lebih dtjukn kpd golongan dewasa sprti Shin Kamen Rider serta Kamen Rider The First.

Siri televisyen ini mempunyai dua (2) era t'sndri iaitu Showa (dr tahun 1971 - awl 90'an) manakala era Heisei pula dr 30 Januari 2000 (kemunculan KR Kuuga) sehingga sekarang (yg t'bru wat mse nie ialah KR Fourze b'konsepkn angkasa lepas). P'bezaan nyata antara kedua2 era ini ialah era Showa adalah d bwh penyelia pncptanya sndiri, Shotaro Ishinomori manakala era Heisei adalah siri KR selepas meninggalnya pncipta KR.


*Bersambung..


ANTARA KR ERA SHOWA - MSING2 B'UNSURKN SRANGGA

SUMBER :-
pakcik google :Senarai Keputusan Carian
makcik wiki >_< : Jawapan Makcik Wikipedia