Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana2-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan Masjid Rasulullah SAW (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)”
[Hadis Riwayat Bukhari]
Sekarang telah tiba lagi musim haji dan hari raya Aidil 'Adha semakin hampir. Ramai umat Islam tengah menunaikan ibadah haji dan umrah. Manakala yang tiada kesempatan lagi untuk ke sana tengah bertungkus-lumus bersama jiran tetangga bersedia menjalankan ibadah korban sempena Aidil 'Adha ini.
Bagi yang menunaikan ibadah haji dan umrah, mereka berpeluang melepaskan rindu yang sekian lama untuk ke Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Bagi yang berada di tanah air pula masih menantikan saat dapat menjejakkan kaki ke sana. Tapi dalam kerinduan kita itu, adakah sekelumit rasa rindu pada Masjidil Aqsa?
Masih segar di ingatan kitakah kepentingan Masjid Al-Aqsa dan bumi al-Quds? Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai bumi al-Quds yang wajib kita ketahui:
- Masjidil Aqsa merupakan qiblat pertama umat Islam
- Masjidil Aqsa merupakan masjid kedua dibina setelah Masjidil Haram. Jarak masa pembinaan antara kedua-dua masjid tersebut adalah 40 tahun.
- Masjidil Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci di dunia dan barangsiapa mendirikan solat di Masjidil Aqsa baginya ganjaran seperti mendirikan 500 kali solat di tempat lain.
Sabda Rasulullah SAW : "Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat." (Riwayat at-Tabarani)
- Merupakan tempat Baginda SAW menjadi imam solat kepada para nabi yang lain sebelum bermikraj ke Sidratul Muntaha.
- Ramai para nabi yang telah disebutkan di dalam Al-Quran telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi al-Quds ini.
Dah habis membaca? Semak balik di hati kita adakah rasa rindu dan sayang pada bumi al-Quds? Jika tiada, penulis rasa fakta-fakta di atas memadai untuk mencetus kerinduan terhadap Masjidil Aqsa dalam hati kita. Sekarang ini yang memegang bumi al-Quds adalah Zionis. Tak tergerakkah di hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di sana dalam membebaskan Masjidil Aqsa dan bumi al-Quds dari cengkaman Zionis durjana serta mengembalikan kesucian Baitul Maqdis? Kita sebenarnya mampu untuk membantu mereka tanpa perlu pergi ke sana mengangkat senjata.
Marilah kita kembali bersatu dalam memartabatkan kembali Baitul Maqdis disambil menyempurnakan Fardhu 'Ain yang kelima di bumi Hijaz.
#Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada http://ceritakuilhamku.blogspot.com/2009/12/bumi-suci-palestin-antara-tanggungjawab.html di atas maklumat-maklumat yang telah digunakan di dalam penulisan kali ini.
#Semoga kita sentiasa berada dalam pemeliharaan-Nya dan sentiasa berjuang mendapatkan keredhaan-Nya.
No comments:
Post a Comment