Thursday, 19 April 2012

Pendapatan atas talian (online earning)

Dewasa kini, semakin ramai yang memanfaatkan jaringan internet bagi menambahkan pendapatan masing-masing. Hal ini kerana dengan menggunakan kemudahan internet ini, seseorang dapat berinteraksi dengan orang lain dari pelosok dunia. Bagi yang menjalankan perniagaan, kemudahan internet memudahkan mereka mengiklankan produk mereka kepada bakal-bakal pelanggan mereka. Juga memudahkan mereka mendapatkan maklumbalas daripada para pelanggan.

Dalam dunia digital yang tidak ada sempadan ini, pelbagai jenis program perniagaan yang boleh didapati oleh seseorang. Yang paling banyak yang dijumpai oleh penulis ialah program dibayar untuk klik (Paid to Click - PTC). Program seperti ini menawarkan bayaran kepada ahli dengan menekan link kepada iklan-iklan tertentu dengan kadar bayaran tertentu. Kebiasaannya, kadar bayaran yang diterima oleh ahli bagi sesuatu link ialah $0.0001 hingga $0.02 (kadar bayaran ini ialah berdasarkan program-program yang telah penulis sertai).



Setiap sen yang ahli dapat akan dikumpulkan dalam akaun ahli (di laman program) sehingga jumlah terkumpul mencukupi untuk membuat penebusan. Kadar minima penebusan bagi setiap laman adalah berbeza-beza. Ada yang menetapkan kadar penebusan serendah $0.05 (seperti paidtoclick.in) sehingga $20 (seperti mybrowsercash). Jika dahulu ahli perlu pergi ke laman program untuk melihat dan menekan link iklan (melecehkan bagi sesetengah orang) tetapi sekarang ada program yang memudahkan ahli dengan menghantar link iklan ke desktop komputer ahli (keluar secara pop-up) seperti mybrowsercash dan cashgopher.

Selain program PTC, ada juga syarikat yang membuat program dibayar untuk mempromosikan (Paid to Promote - PTP). Program seperti ini menawarkan kepada ahli bayaran yang lebih tinggi kepada ahli berbanding dengan program PTC. Kebiasaan kadar yang ditawarkan adalah RM0.20 (bagi says dan churp churp) dan $0.10-$0.20 (bagi gushcloud) bagi setiap orang yang melawat laman iklan mereka melalui link ahli (ini berdasarkan program yang penulis sertai). Kadar minima untuk menebus jumlah wang yang terkumpul dalam akaun ahli ialah RM50 (bagi says), RM100 (bagi churp churp) dan $20 (bagi gushcloud).





Selain program PTC dan PTP, ada juga syarikat yang menawarkan bayaran kepada ahli melalui penulisan atau tinjauan. Program yang penulis sertai ialah myLot yang melibatkan penulisan. Di laman program, ahli dikehendaki memulakan perbincangan ataupun memberi komen kepada perbincangan yang dimulakan oleh ahli lain. Kadar bayaran adalah tidak tetap kerana ahli dibayar berdasarkan kualiti dan mutu sesuatu posting yang ahli beri. Seperti program PTC dan PTP, myLot akan mengumpulkan bayaran yang diterima ahli dalam akaun ahli sehingga mencukupi had minima untuk ditebus (had minima penebusan bagi laman myLot ini ialah $10). Penebusan akan terus dipindahkan kepada akaun Paypal ahli.



Ke mana duit yang ditebus dihantar?
Anda mesti tertanya-tanya ke mana akan dihantar duit yang anda tebus dari akaun program. Ini jawapan penulis:


Bagi kebanyakan program PTC, admin program akan memindahkan jumlah wang yang ditebus kepada akaun Paypal atau AlertPay ahli yang kemudiannya boleh dipindahkan ke akaun bank ahli. Mengapa Paypal dan AlertPay? Kerana kebanyakan program PTC ini adalah bersifat global, di mana sesiapa sahaja dari seluruh dunia boleh sertai. Oleh yang demikian Paypal dan AlertPay merupakan orang tengah yang paling sesuai bagi memudahkan urusan admin program serta ahli.


Program PTP yang penulis sertai menawarkan kaedah tebusan sama ada pemindahan ke akaun bank atau penghantaran cek ke rumah ahli. Hal ini kerana program PTP yang penulis sertai hanya memberi iklan yang berkaitan dengan negara ahli. Oleh yang demikian, penganjur mempunyai hubungan dengan bank-bank tempatan.




Sedikit pesanan buat yang ingin berjinak-jinak dengan pendapatan online:
1) Pendapatan online tidak dapat menggantikan pendapatan dari pekerjaan anda (sekiranya anda baru sahaja   bermula).
2) Sebelum meninggalkan pekerjaan anda dan menjadikan pendapatan online sebagai sumber utama kewangan, sila pastikan anda mampu mendapatkan pendapatan yang stabil dan berterusan.
3) Menjalankan perniagaan secara online adalah lebih baik dalam menjamin pendapatan yang stabil.  Walaubagaimanapun, pastikan dahulu perniagaan anda telah mendapat kedudukan yang kukuh sebelum  meninggalkan pekerjaan anda yang terdahulu.

No comments:

Post a Comment