Saturday, 12 May 2012

My Life Story (versi Bahasa Melayu - Bahagian 1)

Hoho..
Dah beberapa lama penulis tidak mengemaskini blog ini. Alasan utama, sibuk dengan urusan harian. Maklumlah, pelajar lagi penulis ini. Haha~ xD

Hm.. Hari ini penulis bercadang untuk menulis serba sedikit tentang diri penulis walaupun diri penulis ini tidaklah hebat mana pun..Huhu xD

Penulis merupakan anak ke-6 daripada 12 orang adik-beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, penulis merupakan seorang yang pendiam pada dasarnya. Lahir pada tahun 1992, pada waktu itu bapa penulis despatch ke eksekutif..penulis pun dah tidak ingat. Haha~~

Dalam tahun 1997-1998, penulis pernah menolong ayah penulis dalam menjual majalah yang diterbitkan oleh syarikat kawannya (ayah penulis merupakan salah seorang penulis dalam majalah tersebut). Sebab membantu? Dah tentu sebab penulis nak duit tapi waktu itu belum bersekolah lagi, jadi tidak ada duit belanjalah. Huhu...

Penulis mengenali komputer seawal usia 4-5 tahun. Ayah penulis yang menggunakan komputer pada waktu itu kerana dia menjadi penulis. Pada usia yang sedemikian, penulis hanya tahu menggunakan komputer untuk main permainan sahaja. Dalam tahun 2000, penulis baru sahaja mengenali apa itu internet akan tetapi masih tidak menggunakan sangat kemudahan tersebut kerana hanya tahu main sahaja.

Pada penghujung tahun 2004 barulah penulis mula menjinak-jinakkan diri dengan internet. Pada ketika itu, laman sosial Friendster yang sambutan hangat dari penduduk Malaysia. Kemudian, barulah laman sosial Myspace yang naik. (Untuk pengetahuan, kali terakhir penulis melawat Friendster ia da bertukar menjadi platform bermain permainan komputer)

Habis sahaja Penilaian Menengah Rendah (PMR), penulis mula belajar mencari duit secara online. Pada waktu tersebutlah penulis mula berkenalan dengan laman PTC (Paid to Click) tapi tidak berapa serius. Naik tingkatan 4, penulis telah menyertai laman MyLot di mana pengguna akan dibayar berdasarkan berapa banyak isi yang terdapat dalam sesuatu pos yang dibuat. Tetapi oleh kerana penulis mula masuk asrama maka penulis tidak dapat menjadi pengguna yang aktif.

Gambar blok akademik MRSM Alor Gajah. Tempat penulis belajar di tingkatan 4 &5.


Selesai SPM, penulis bekerja sebagai kerani tiket di kaunter tiket Transnasional di Seremban. Empat bulan lamanya penulis bekerja. Dapat gaji habiskan bayar yuran sekolah dulu. Dapat gaji guna untuk ambil lesen. Akhirnya duit gaji habis begitu sahaja. Hahaha~ Apa-apa pun penulis dapat pengalaman menjual tiket bas.

Sekarang, penulis tengah belajar di UTeM. Ambil kursus diploma kejuruteraan mekanikal. Masuk semester ketiga, penulis beli motosikal CT100. Disebabkan itu, penulis mula buat kerja secara sambilan demi membayar bulanan motor tersebut. Mula-mula penulis bekerja di KFC Ayer Keroh. Sebulan sahaja sebab malas. Haha~ Berhenti sahaja KFC, penulis bekerja part time sebagai promoter pula di Jusca Aeon Bandaraya Melaka. Kerja di situ selama sebulan setengah sahaja.

Konvoi buka puasa dengan pelajar DMC


Habis peperiksaan akhir semester tiga, penulis bekerja sebagai promoter di Jusco Ayer Keroh (tempat terletak KFC Ayer Keroh). Bekerja disitu selama lebih kurang 2minggu. Lepas sahaja habis sahaja cuti semester, sepatutnya penulis sambung kerja semula di Jusco Ayer Keroh tersebut. Tetapi sebab seorang kawan penulis ini perlu bekerja untuk dapatkan duit menyara diri di negeri orang, maka penulis mengundurkan diri. Penulis pohon jasa baik penyelia kaunter tiket Transnasional di Melaka Sentral untuk membenarkan penulis bekerja sambilan di situ dan Alhamdulillah penyelia tersebut beri kebenaran.

Sekarang, semester keempat sesi pembelajaran penulis dah tamat maka penulis mula menjinakkan diri semula mencari sumber pendapatan secara online. Alhamdulillah setakat ini penulis dapat sebanyak mana hasil usaha penulis. InsyaAllah, masa akan datang nanti penulis akan lebih berjaya.

Sekian sahaja penulisan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca. ^_^

No comments:

Post a Comment