Thursday, 26 April 2012
Life Story - The Transition from Cat Steven to Yusuf Islam
Below is a video about the transition of Cat Stevens from Christianity to Islam. The video duration is about 30minutes. This video will describe briefly about Yusuf Islam from before until after he converted.
Thursday, 19 April 2012
Pendapatan atas talian (online earning)
Dewasa kini, semakin ramai yang memanfaatkan jaringan internet bagi menambahkan pendapatan masing-masing. Hal ini kerana dengan menggunakan kemudahan internet ini, seseorang dapat berinteraksi dengan orang lain dari pelosok dunia. Bagi yang menjalankan perniagaan, kemudahan internet memudahkan mereka mengiklankan produk mereka kepada bakal-bakal pelanggan mereka. Juga memudahkan mereka mendapatkan maklumbalas daripada para pelanggan.
Dalam dunia digital yang tidak ada sempadan ini, pelbagai jenis program perniagaan yang boleh didapati oleh seseorang. Yang paling banyak yang dijumpai oleh penulis ialah program dibayar untuk klik (Paid to Click - PTC). Program seperti ini menawarkan bayaran kepada ahli dengan menekan link kepada iklan-iklan tertentu dengan kadar bayaran tertentu. Kebiasaannya, kadar bayaran yang diterima oleh ahli bagi sesuatu link ialah $0.0001 hingga $0.02 (kadar bayaran ini ialah berdasarkan program-program yang telah penulis sertai).
Setiap sen yang ahli dapat akan dikumpulkan dalam akaun ahli (di laman program) sehingga jumlah terkumpul mencukupi untuk membuat penebusan. Kadar minima penebusan bagi setiap laman adalah berbeza-beza. Ada yang menetapkan kadar penebusan serendah $0.05 (seperti paidtoclick.in) sehingga $20 (seperti mybrowsercash). Jika dahulu ahli perlu pergi ke laman program untuk melihat dan menekan link iklan (melecehkan bagi sesetengah orang) tetapi sekarang ada program yang memudahkan ahli dengan menghantar link iklan ke desktop komputer ahli (keluar secara pop-up) seperti mybrowsercash dan cashgopher.
Selain program PTC, ada juga syarikat yang membuat program dibayar untuk mempromosikan (Paid to Promote - PTP). Program seperti ini menawarkan kepada ahli bayaran yang lebih tinggi kepada ahli berbanding dengan program PTC. Kebiasaan kadar yang ditawarkan adalah RM0.20 (bagi says dan churp churp) dan $0.10-$0.20 (bagi gushcloud) bagi setiap orang yang melawat laman iklan mereka melalui link ahli (ini berdasarkan program yang penulis sertai). Kadar minima untuk menebus jumlah wang yang terkumpul dalam akaun ahli ialah RM50 (bagi says), RM100 (bagi churp churp) dan $20 (bagi gushcloud).
Selain program PTC dan PTP, ada juga syarikat yang menawarkan bayaran kepada ahli melalui penulisan atau tinjauan. Program yang penulis sertai ialah myLot yang melibatkan penulisan. Di laman program, ahli dikehendaki memulakan perbincangan ataupun memberi komen kepada perbincangan yang dimulakan oleh ahli lain. Kadar bayaran adalah tidak tetap kerana ahli dibayar berdasarkan kualiti dan mutu sesuatu posting yang ahli beri. Seperti program PTC dan PTP, myLot akan mengumpulkan bayaran yang diterima ahli dalam akaun ahli sehingga mencukupi had minima untuk ditebus (had minima penebusan bagi laman myLot ini ialah $10). Penebusan akan terus dipindahkan kepada akaun Paypal ahli.
Ke mana duit yang ditebus dihantar?
Anda mesti tertanya-tanya ke mana akan dihantar duit yang anda tebus dari akaun program. Ini jawapan penulis:
Bagi kebanyakan program PTC, admin program akan memindahkan jumlah wang yang ditebus kepada akaun Paypal atau AlertPay ahli yang kemudiannya boleh dipindahkan ke akaun bank ahli. Mengapa Paypal dan AlertPay? Kerana kebanyakan program PTC ini adalah bersifat global, di mana sesiapa sahaja dari seluruh dunia boleh sertai. Oleh yang demikian Paypal dan AlertPay merupakan orang tengah yang paling sesuai bagi memudahkan urusan admin program serta ahli.
Program PTP yang penulis sertai menawarkan kaedah tebusan sama ada pemindahan ke akaun bank atau penghantaran cek ke rumah ahli. Hal ini kerana program PTP yang penulis sertai hanya memberi iklan yang berkaitan dengan negara ahli. Oleh yang demikian, penganjur mempunyai hubungan dengan bank-bank tempatan.
Sedikit pesanan buat yang ingin berjinak-jinak dengan pendapatan online:
1) Pendapatan online tidak dapat menggantikan pendapatan dari pekerjaan anda (sekiranya anda baru sahaja bermula).
2) Sebelum meninggalkan pekerjaan anda dan menjadikan pendapatan online sebagai sumber utama kewangan, sila pastikan anda mampu mendapatkan pendapatan yang stabil dan berterusan.
3) Menjalankan perniagaan secara online adalah lebih baik dalam menjamin pendapatan yang stabil. Walaubagaimanapun, pastikan dahulu perniagaan anda telah mendapat kedudukan yang kukuh sebelum meninggalkan pekerjaan anda yang terdahulu.

Wednesday, 18 April 2012
Kamen Rider (KR) OOO
Siri KR OOO adalah siri KR yang ke-12. Disiarkan sebanyak 48 episod bermula pada 5 September 2010 seminggu selepas episod terakhir KR W/Double. KR OOO pertama kali muncul dalam filem KR W Forever: A to Z/ Gaia Memories of Fate.
Penggunaan huruf O sebanyak 3 kali adalah merujuk kepada fungsi tali pinggang KR OOO yang menggunakan tiga (3) medal untuk bertukar serta "raja pelbagai" (Ozu). Selain itu, simbol tiga (3) O adalah mewakili sesuatu yang lebih hebat daripada "infinity"/tiada had. Dalam siri ini, episod yang ke-28 (juga merupakan episod KR yang ke-1000 sejak dari penerbitan siri KR) sepatutnya disiarkan pada 27 Mac 2011 tetapi kerana bencana alam (Gempa Bumi dan Tsunami Tohoku) telah ditunda dan disiarkan pada tarikh 3 April 2011 (episod pertama juga disiarkan pada 3 April 1971)
Sinopsis
Kisah ini bermula dengan terbebasnya makhluk yang digelar "Greeed" dari museum milik Kougami Foundation (diasaskan oleh Kousei Kougami) ke dunia dengan niat untuk memusnahkan manusia keseluruhannya. Hino Eiji (hero), seorang pengembara yang bekerja sebagai pengawal keselamatan (separuh masa) di museum terbabit telah terjumpa medal berwarna merah. Dia mula melawan Greeed ini apabali Ankh ( Greeed merah yang tinggal tangan sahaja) memberinya tali pinggang dan 3 medal berlainan warna (termasuk yang mula-mula dijumpai Eiji) untuk bertukar menjadi KR OOO. Kougami Foundation pula mendekati Eiji dan Ankh serta membantu mereka dalam melawan Greeed yang lain (motif syarikat tersebut adalah misteri). Semakin lama melawan Greeed, semakin Eiji menyedari hakikat tujuan perjalanan hidupnya.
Filem
Berikut merupakan filem-filem Kamen Rider yang telah dibintangi oleh KR OOO :-
1) KR W Forever: A to Z/ Gaia Memories of Fate.
2) Kamen Rider x KR OOO & W Featuring KR Skull : Movie War Core
3) OOO, Den-O, All Riders : Let's Go Kamen Rider
4) KR OOO Wonderful : The Shogun and 21 Core Medals
5) Kamen Rider x KR Fourze & OOO : Movie War Mega Max
6) Kamen Rider x Super Sentai : Super Hero Taisen
Pembantu
Dalam siri KR bermula dari siri KR Agito, telah ada KR pembantu yang membantu hero melawan pihak antagonis. Dalam siri KR OOO ini, KR Birth merupakan pembantu kepada KR OOO. Pengguna pertama dalam siri televisyen ini ialah Akira Date. Kemudian diganti oleh Shintaro Gotou, yang sebenarnya memang telah dipilih oleh Kougami secara senyap.
Kombo-kombo utama OOO
KR OOO mempunyai 8 kombo utama hasil gabungan medal dari jenis yang sama. Kombo Tatoba sahaja yang menggunakan medal yang berlainan jenis. Setiap kombo KR OOO juga disertakan sekali dengan lagu tema masing-masing. Berikut merupakan kombo-kombo utama KR OOO :-
1) Tatoba (gabungan Taka, Tora dan Batta)
2) Latoratah (gabungan Lion, Tora dan Cheetah)
3) Shauta (gabungan Shachi, Unagi, Tako)
4) Gatakiriba (gabungan Kuwagata, Kamakiri, Batta)
5) Sagozou (gabungan Sai, Gorilla, Zou)
6) Tajador (gabungan Taka, Kujaku, Condor)
7) Putotyra (gabungan Pterodactyl, Triceratops, Tyrannosaurus)
8) Burakawani (gabungan Cobra, Kame, Wani) - muncul dalam filem sahaja

![]() |
| Hino Eiji sebagai KR OOO |

Tuesday, 17 April 2012
Kamen Rider
HENSHIN!!~~
Itulah kata2 yg sllu didgri apabila sesorg Kamen Rider (KR) b'tukar.. KR adlah sebuah rncgn b'siri televisyen hasil ciptaan Shotaro Ishinomori. Rncgn b'siri ini pd asalnye d tujukn kpd bdk2 bwh umo (bwh 18.. :P ) dan ada bbpe filem KR ini yang lebih dtjukn kpd golongan dewasa sprti Shin Kamen Rider serta Kamen Rider The First.
Siri televisyen ini mempunyai dua (2) era t'sndri iaitu Showa (dr tahun 1971 - awl 90'an) manakala era Heisei pula dr 30 Januari 2000 (kemunculan KR Kuuga) sehingga sekarang (yg t'bru wat mse nie ialah KR Fourze b'konsepkn angkasa lepas). P'bezaan nyata antara kedua2 era ini ialah era Showa adalah d bwh penyelia pncptanya sndiri, Shotaro Ishinomori manakala era Heisei adalah siri KR selepas meninggalnya pncipta KR.
*Bersambung..
SUMBER :-
pakcik google :Senarai Keputusan Carian
makcik wiki >_< : Jawapan Makcik Wikipedia

| ANTARA KR ERA SHOWA - MSING2 B'UNSURKN SRANGGA |
SUMBER :-
pakcik google :Senarai Keputusan Carian
makcik wiki >_< : Jawapan Makcik Wikipedia
Subscribe to:
Comments (Atom)