Sunday, 30 March 2014

Review: Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sudah 8 bulan penulis sambung belajar di sini. Banyak ilmu bidang petroleum (mekanikal khususnya) telah dicedok. Kehkehkeh~

Sekarang, telah tiba masa dan peluang untuk penulis mengemukakan pandangan terhadap INSTEP ini. Hehe
Bukanlah nak mengumpat ke apa, hanya nak menyatakan pandangan sepanjang berada di sini supaya kumpulan pelatih akan datang lebih bersedia. Hehe...

Kalau nak tanya sejarah INSTEP ke, maaflah tak dapat nak bantu. Ini adalah pandangan penulis berada di sini untuk PTP1-Julai 2013 (Program Teknologi Petroleum, 1 tahun - kemasukan Julai 2013).

Secara amnya, institusi ini bagus. Ada kemudahan bersukan, kelas, dewan kuliah, pusat praktikal (baru di bina), pejabat pentadbiran, masjid, etc.


Gelanggang futsal (ada 2 buah)

Gelanggan bola tampar pantai

Gelanggang tenis

Padang ragbi

Kediaman pelajar dari syarikat luar (selain PETRONAS)

Kompleks Sukan INSTEP

Waktu Penggunaan Gym (terletak dalam kompleks sukan)


Gelanggang badminton

Gelanggang bola keranjang

Klinik (terletak berhampiran dengan masjid)

Masjid INSTEP (sebelum ubahsuai)


Perpustakaan

Apa yang kurang pada INSTEP ini adalah dari segi pengurusan mereka. Pemerhatian sekarang mendapati pengurusan mereka agak kelam kabut. Pada majlis pelancaran yang lalu, disebabkan pengurusan yang kurang mantap kami pelatih terpaksa menahan sengsara selama seminggu.

Yang keduanya berkaitan cuti. Semasa dalam semester pertama memang ada diperuntukkan masa cuti untuk pelajar. Tetapi masuk semester kedua (semester praktikal) tidak ada lagi diperuntukkan. Selama 6 bulan kami tidak dapat balik kampung berjumpa keluarga. Cuti kerja memang ada (hujung minggu) tapi cuti panjang untuk berjumpa keluarga tidak ada.

Ketiga pusat latihan (untuk praktikal) tidak boleh diusik oleh pelajar buat masa sekarang. Alasan peralatan dan mesin yang ada masih dalam tempoh jaminan 2 tahun dari kontraktor. Alatan/mesin ganti pun tiada untuk pelajar mendapatkan pengalaman hands-on.

Pandangan yang dikemukakan ini adalah pandangan semasa penulis. Harapnya pada masa akan datang pengurusan INSTEP akan bertambah baik. Lembaran ini bukan untuk menghasut mana-mana pihak tetapi sebagai rujukan bagi bakal-bakal pelajar INSTEP.

Saturday, 29 March 2014

Review: Lenovo G405s AMD A8 2.1GHz Quad Core with Dual Graphic card

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Empat bulan telah berlalu dari kali terakhir blog ini dikemaskini. Dalam masa empat bulan tersebut pelbagai perkara yang berlaku. Kekangan masa, tidak ada akses internet dan beberapa kekangan lain menyebabkan blog ini jarang dikemaskini.

Alhamdulillah, bulan Februari yang lalu penulis dapat sebuah komputer riba dari bapa penulis. Model Lenovo G405s. Antara spesifikasi komputer riba ini seperti berikut:

- AMD A8-5550M 2.1GHz Quad Core with AMD Radeon HD 8550G
- AMD Radeon 8570M 2GB DDR3 VRAM Graphic card
- 4GB DDR3 RAM
- 1 x 2.0 USB port & 2 x 3.0 USB port
- OS: Windows 8
- Webcam, wireless adapter (wifi, bluetooth)
- Skrin 14" HD WLED
- HDD 500GB
- Multi card reader
- Waranti antarabangsa setahun
- Harga: dalam RM1590 (upgrade RAM 8GB tambah RM150)**

**Bergantung pada kedai yang menjual.

Kelebihan:-
- Dua kad grafik: memberi lebih kuasa memproses grafik. Boleh digunakan untuk kerja-kerja multimedia dan juga bermain game.
- 2 port USB versi 3.0: lebih laju memindahkan data dari peranti ke komputer atau sebaliknya.
- Pemproses 4 teras (Quad core): lebih banyak program boleh dibuka serentak.
- Papan kekunci: Selesa untuk menaip dalam jangka masa yang lama.
- Win8: OS Windows yang stabil dan banyak program sesuai dengannya.
- Harga: yang berpatutan dengan spesifikasi yang agak tinggi. Sesuai untuk mereka yang kekuranga bajet tetapi memerlukan komputer spesifikasi tinggi.


Kekurangan:-
- Pemproses: cepat panas. Perlu guna penyejuk tambahan bagi penggunaan yang berat dan lama.


Setakat ini sahaja pandangan produk ini dari saya. Pandangan ini hasil dari amatan saya semasa menggunakan komputer riba ini, bukan dicedok dari laman web lain/orang lain. Jika ada tambahan, akan dikemaskini pada ruangan ini.