Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kejujuran yang pahit lebih baik berbanding penipuan yang manis
Sesungguhnya, telah
terbukti di dalam sesuatu hubungan kebenaran yang pahit itu lebih baik
berbanding penipuan yang manis. Dapat penulis maklumat ini melalui 3 sumber –
pengalaman kawan, pengalaman sendiri dan hasil ujikaji penulis sendiri.
Pengalaman kawan
Seorang kawan
penulis ini baru sahaja beberapa lama berbaik semula dengan buah hatinya.
Penulis merujuk padanya sebagai H dan buah hatinya sebagai McD. Pada awal
hubungan, mereka seperti tidak boleh berjauhan. Sering sahaja ingin berjumpa.
Si H ini selalu sahaja keluar rumah untuk pergi berjumpa dengan buah hatinya.
Sampai satu tempoh, hubungan mereka menjadi renggang. Seringkali mereka
bergaduh dan selalunya si McD yang memulakan dahulu.
Dari apa yang
diceritakan H, McD seperti tidak selesa dengan hubungan mereka. Mungkin terlalu
cepat baginya. Hubungan mereka seperti biskut, sekejap ada sekejap tiada.
Sehinggalah bulan 10 tahun lepas, mereka dah mula jarang berhubung. McD
mengatakan yang dia telah kembali kepada
bekas kekasihnya. H seperti tidak keruan tetapi masih lagi waras. H cuba
mencari pengganti tetapi hatinya tetap mengatakan McDlah orangnya.
Sehinggalah suatu
hari dalam bulan Disember 2012, McD mengatakan yang dia rindu H. Setelah
berbaik semula barulah masing-masing meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di
dalam hati. H pada sebelum ini seperti mengongkong McD kerana dia pada masa itu
baru lepas kecewa dengan insan lain. Manakala McD pula takut dikecewakan lagi
oleh lelaki kerana kekasihnya sebelum ini pergi pada orang lain. Kerana
masing-masing tidak jujur dengan perasaan sendiri maka mereka terpaksa
mengharungi suatu tempoh yang amat perit. Tapi kebaikan yang hadir selepas
tempoh tersebut ialah hati mereka lebih tabah dan mereka lebih memahami antara
satu sama lain.
Semoga mereka
disatukan dengan rahmat-Nya dan berkekalan hingga ke syurga. J
Pengalaman sendiri
Sebelum ini penulis
pernah menceritakan tentang tuan puteri (TP) penulis bukan? Kisah di mana dia
mengatakan bahawa hati dia telah dimiliki oleh insan yang merupakan pilihan
keluarganya. Sebenarnya dia telah menipu penulis. Pada pertengahan bulan
November yang lepas, sebelum penulis memulakan semester pembelajaran baru dia
telah memberitahu perkara yang sebenar. Itu pun setelah dia membaca blog
penulis yang berkaitan dengan adik angkat penulis.
TP penulis
mengatakan dia berbuat demikian kerana nak menguji keseriusan penulis
terhadapnya. Tetapi dia kecewa setelah mengetahui yang penulis mencari orang
lain. Bagaimana mungkin penulis tidak mencari pengganti kalau diberitahu bahawa
dia telah berpunya. Takkanlah nak tunggu juga? (Masa itu penulis belum tahu
perkara sebenar.) Selepas TP menceritakan perkara sebenar, penulis tidak menceritakan apa yang penulis
alami sepanjang kekosong hati penulis. Kerana pada masa itu ada 2 perasaan yang
bermain di dalam hati penulis – sayang berbunga-bunga dan marah kerana ditipu.
Dek kerana perasaan
marah tersebut maka penulis mengambil keputusan untuk melakukan apa yang TP
telah lakukan tetapi dengan kaedah lain. Maka terhasillah ujikaji penulis
kerana penulis ingin mengetahui dan cuba memahami apa yang telah TP lalui.
Ujikaji penulis
Ujikaji ini telah
dilakukan pada penghujung bulan Disember tahun lalu. Penulis telah meminta
tolong salah seorang kawan penulis di Facebook untuk meletakkan posting manja di garisan masa (TL)
penulis. Selain itu kami telah berbalas komen dengan bersayang-sayang. Semua
ini semata-mata untuk mengetahui apa yang telah TP lalui semasa dia menjarakkan
diri dari penulis.
Apa yang penulis
dapat dari uji kaji ini ialah:
1) TP menjadi dingin dengan penulis.
Tindak balas yang sama penulis berikan setelah dia beritahu yang dia telah
berpunya.
2) Hati terasa sakit seperti
dilukakan dengan benda tajam sebab menipu diri sendiri dan orang lain. Mungkin
apa yang TP rasa sebelum ini lebih teruk berbanding apa yang penulis rasa
kerana penulis telah mengagak kemungkinan ini.
Kesimpulan
Jika ada orang yang
menyayangi anda sepenuhnya, hargailah mereka. Jika sampai suatu masa di mana
hubungan anda renggang berusahalah untuk perbaiki dengan sabar, berubah menjadi
lebih baik dan tidak berputus asa dengan orang itu. Berilah masa untuk
kedua-dua belah pihak memahami antara satu sama lain. Sekarang penulis sedang
menunggu masa di mana TP telah kurang dinginnya sebelum menceritakan perihal
ini. Semoga dengan ini kami lebih memahami diri masing-masing serta hubungan kami bertambah baik. J